Petua meniaga bg org islam.. Ilmu dan petua yg sangat sangat bermanfaat bagi aku, setelah mendengar perkongsian di slot Inspirasiku bersama Tn. Haji Ali Hassan, Pengasas & Pengerusi Al Ikhsan Sports Sdn Bhd. Aku titipkan apa yg aku ingat, moga yg membaca akan dapat ilmunya juga, Insya Allah. . - Tn Hj Ali bukan datang dari keluarga yg ber bisnes. Anak bongsu dari 8 beradik. Didikan mak ayah beliau yg membentuk peribadi beliau. Masa remaja usia sekitar 17 tahun, gemar bermain bola, dan habis main duduk melepak depan rumah dgn kawan kawan...ditegur ayahnya supaya cepat mandi & solat Maghrib. Sekali buat, ditegur, kali kedua buat, ditegur baik lagi...kali ketiga beliau ulangi, ayahnya halau beliau dari rumah. Ya, dihalau rumah kerana nakal tak berubah menjaga solat awal waktu. Sebulan Tn Hj Ali berkelana dari satu rumah kawan ke rumah kawan yg lain, menumpang tidur. Setelah sebulan, beliau sendiri yg balik ke rumah, ayah nya tak mencarinya pun. Ayahnya menyampaikan satu mesej b...