Skip to main content

"Yaa Hayyu Yaa Qayyum Yaa Qowwiy Yaa Matiin"

Friend... jika ini yg kamu cari baiklah...

Amalkanlah: "Yaa Hayyu Yaa Qayyum Yaa  Qowwiy Yaa  Matiin" seberapa yg mampu secara istiqamah

InsysAllah tenaga dalam anda semakin kuat.

Kenapa saya kata mcm ni...
begini.... Setiap asma itu ada getarannya yang tersendiri. Mengikut kefahaman dari penelitian saya setakat ini, getaran yang ada pada asma itu ada 2 jenis.

Yang pertama adalah getaran semulajadi. Misalnya asma Ar-rozzaq yang ertinya Yang Maha Memberikan Rezeki. Apabila anda membaca asma ini getaran energynya akan memancar membuka dimensi-dimensi alam dan memberi kesan kepada diri dan kehidupan anda dari aspek rezeki anda. Anda tentunya sudah tahu bahawa segala sesuatu di alam ini adalah energy yang bergetar pada frekuensinya yang tersendiri. Alam adalah sekumpulan energy perlbagai frekuensi. Berbezanya frekuensi memberi bentuk yang pelbagai kepada objek-objek alam. Pepejal, cecair, gas, ether dan seterusnya berbeza kepadatan wujudnya kerana berbeza frekuensi energy yang membentuknya.

Getaran kedua agak sukar untuk saya jelaskan. Saya cuba juga untuk membuka wawasan ilmu anda. Ia merupakan gumpalan energy hasil keyakinan daripada banyak orang. Misalnya diyakini bahawa asma Ar-rozzaq berupaya membuka jalur-jalur rezeki si pembacanya. Satu orang yang yakin akan perkara ini menghasilkan satu gumpalan energy dari mindanya pada asma ini. begitulah seterusnya, semakin ramai orang yang meyakini perkara yang sama, semakin kuat gumpalan energy itu dan semakin powerful ia jadinya. Saintis barat memanggilnya sebagaiThoughtform.

Getaran energy yang ada pada Asmaul Husna memberikan efek yang sangat jelas kepada energy alam. Misalnya begini... Anda adalah bahagian daripada alam. Jika energy dari Asma Al-Jamil/Yang Maha Indah dipancarkan kepada anda ia akan mengubah frekuensi energy anda yang sekarang ini. Apabila frekuensi energy anda berubah, semakin lama ia juga akan mengubah rupa fizikal anda. Pada mulanya getaran dari asma mengubah struktur eterik/ aura anda. Perubahan pada aura dapat dirasakan oleh perasaan anda begitu juga oleh perasaan orang lain. Semakin kerap getaran asma itu dipancarkan kepada anda semakin kuat dan stabil bentuknya pada struktur aura anda dan semakin mengubah keadaan fizikal anda. Hasilnya anda semakin kelihatan indah samada pada aura atau fizikal anda.

Getaran energy pada asma ini lah yang sering dimanfaatkan oleh mana-mana misalnya untuk melihat dimensi-dimensi ghaib seperti alam jin dan sejenisnya, ada yang menggunakan asma Al-Lathif/Yang Maha Halus dengan tujuan menchannel energy dari asma itu agar mata batinnya menjadi halus dan tajam agar dapat melihat tembus ke alam ghaib. Ada pula yeng menggunakan asma Al-Aziz atau Al-Jabbar, Yang Maha Kuat dan Maha Gagah untuk menchannel energy dari asma itu untuk membuat dirinya mempunyai kekuatan fizikal yang superpower. Bermacam amalan yang ada  berdasarkan asmaul husna. Ia sering dikenali sebagai Tenaga Dalam Asmaul Husna. Masing-masing guru menggunakannya mengikut ilham dan kreativitinya namun dari sisi energy, beginilah daya kerjanya.

Kena tau ni ye...
Asmaul husna adalah sumber energy yang begitu besar dan kreatif yang boleh anda manfaatkan untuk kesenangan semua aspek hidup anda. Jika ahli metafizik dari budaya lain ada sumber energy dari ajaran mereka sendiri,  misalnya budaya Viking ada Runic System, budaya Cina ada I-ching, dan lain-lain budaya lagi, maka kita umat islam pula ada sistem asmul husna sebagai Fountain of Power. Malahan sumber enegry dari asmaul husna boleh dimanfaatkan sekalipun oleh non muslim asalkan tahu cara menchannelnya. Begitulah sifat kasih sayang Allah kepada seluruh makhluk. Anda tidak melihat keistimewaanya kerana anda tidak faham sistemnya selama ini kerana memandangkan kurangnya ilmuan yang cuba membahas perkara ini dari aspek ilmiah sehingga ilmu-ilmu sebegini kekal dipandang sebagai sesuatu yang untoucable oleh orang-orang biasa. Anda adalah makhluk yang luar biasa dan anda pasti bisa...chewwwahhh

Sekian http://MyRezki.com/Qurezkibillionaire

Comments

Popular posts from this blog

komisyen masuk TANPA HENTI #Qurezkibillionaire

#solidarity4humanity

Salam, harap bantu sebarkan rayuan untuk dapatkan dana sebanyak mungkin bagi bantu mangsa genocide/ethnic cleansing di Myanmar melalui kempen #Sinar4Rohingya #solidarity4humanity Sumbangan serta bantuan dari semua amatlah dihargai. Terima kasih #bangsaberbudipenyayang #Qurezkibillionaire #QurezkibillionaireIncome #Qurezkibillionairesharing #QurezkibillionaireMenjemputRezeki #QurezkibillionaireklikIncome #QurezkibillionaireAutopilotIncome #roadto1million